Friday, 9 November 2012

ulser lidah :'(

Salam n Selamat Sejahtera..

Aduhai, tak habis-habis aku kena timpa penyakit. Dah dua hari aku kena ulser lidah pula dah. Ala, kadang-kadang orang panggil mata ikan Sakitnya memang tak terperi. Allah sahaja yang tau, juga kepada golongan-golongan yang pernah terkena penyakit macam aku ni. Meh kita tengok sikit apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ulser lidah.

Ulser lidah - luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. (betul3!!)

Sebab apa ek? (tidak diketahui)
Mungkin :

  • stress (memang..dah nak gilerr aku)
  • perubahan hormon
  • jangkitan
  • kekurangan zat makanan
  • alahan
  • kimoterapi (takdenyer)
  • asid berlebihan dalam darah
Bila boleh sembuh?
Kesakitan akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari, tetapi ulser mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Petua?
  • berkumur dengan kumuran antiseptik
  • menyapu gel atau krim penahan sakit
  • kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • makan makanan lembut
  • elakkan makan makanan yang panas dan pedas
  • banyakkan minum air (berbotol-botol dah)
Nak lebih info pasal penyakit-penyakit?
http://www.infosihat.gov.my/




Owh, macam tu rupanya. Emm, makan pun sekarang ni lembab je. Sebab asyik control lidah. Dah la pagi tadi makan nasi lemak, pedas tu. Sabar sahajalah. Apa-apa pun, kita kena penyakit kan 1 ujian dari Allah. Kita kena terima. Tapi, mana boleh duduk berharap sahaja. Kita kena berusaha untuk merawat atau mencari penawar. Betul kan?

Kalau macam tu, kalau tak sembuh jugak ulser ni. Nak g kliniklah. Takut ulser ni penyakit lain pulak. Sebab dah ada kes dah. Menakutkan..



No comments: