Sunday, 2 December 2012

Hukum Berkuku Panjang



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kamuuuu ;) hmm , post ni cuma mau ingatkan kita semua . termasuklah Shaz sendiri :D Shaz pun pernah simpan kuku panjang . okayy , jum baca sampai habis entry ini .

Apa hukumnya simpan kuku panjang ya?


Perbuatan menyimpan kuku panjang melebihi 
kebiasaan ni sebenarnya perbuatan yang menyalahi sunnah Nabi s.a.w. dan setiap perkara yang diajar oleh Baginda tu ada hikmah disebaliknya. Dalam kalangan majoriti ulama, perbuatan memanjangkan kuku adalah makruh hukumnya. Bahkan jika lebih daripada 40 MALAM kuku tersebut tidak dipotong maka hukumnya tersangat-sangat makruh. Ada sebahagian ulama pula berpendapat bahawa hukumnya adalah haram. 

Jom kita lihat beberapa riwayat tentang memanjangkan kuku:

Imam al-Baihaqi dan Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Abi Ayyub al-Azdi, beliau menyatakan terdapat seorang lelaki bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang berita dari langit. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Ada seorang daripada kalian bertanyakan tentang berita dari langit sedangkan kukunya panjang seperti kuku burung dan berkumpul padanya kotoran hadas junub dan kotoran lain."
Dalil lain tentang hukum memanjangkan kuku turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud dan beberapa orang ulama hadis yang lain menyatakan Anas r.a. meriwayatkan bahawa:
"Rasulullah s.a.w. telah menetapkan tempoh masa kepada kami dalam perkara memendekkan misai, MEMOTONG KUKU, mencabut bulu ketiak, dan mencukur bulu ari-ari. Rasulullah s.a.w. mengarahkan kami agar tidak membiarkannya melebihi 40 malam."
Namun, menurut Imam al-Nawawi rhm. bahawa penetapan tempoh masa dalam perbuatan memotong kuku adalah bergantung kepada situasi seseorang. Sebagai contoh, apabila dilihat sudah panjang dalam masa 1 minggu, maka hendaklah dipotong.

Jadi, bila paling afdal untuk potong kuku?


Dalam kitab Hashiyah Rad al-Muhtar (Fiqah Hanafi), dinyatakan bahawa amalan yang paling AFDAL adalah memendekkan kuku ialah pada setiap minggu. Jika tidak pun, hendaklah dilakukan pada setiap 15 hari.


Kalau simpan kuku panjang tapi kuku bersih macam mana pulak? Boleh tak?


Jawapannya berbalik kepada riwayat2 di atas. Antara hikmah disyariatkan amalan memotong kuku di sisi syarak bertujuan untuk memelihara KEBERSIHAN tubuh badan dan mengelakkan daripada terkena sebarang penyakit yang berpunca daripada kuman yang melekat di bawah kuku.

Kuman yang melekat di bawah kuku boleh berpindah ke dalam makanan yang kita makan apalagi kalau selepas kita beristinjak. Kotoran mikro yang tidak terlihat oleh mata kasar akan berkumpul di celah2 kuku yang air tidak sampai walaupun dicuci dengan Dettol sekalipun. Lagipun, kuku yang panjang ni menghalang air sampai ke kulit terutamanya ketika kita bersuci, berwuduk, dan mandi. Bahkan perbuatan membiarkan kuku panjang tanpa dipotong memburukkan pandangan dan mungkin boleh memudaratkan.
Agama Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan dalam kalangan umatnya sehinggakan kebersihan juga merupakan sebahagian daripada iman. Jangan dipandang remeh perkara sebegini kerana, tanpa kebersihan, sebenarnya iman kita masih belum lengkap.

Jadi, untuk sahabat-sahabat Shaz, lelaki mahupun perempuan, tidak perlu simpan kuku panjang lagi selepas ini ok? Banyak keburukannya. Lagi satu boleh menyebabkan kecederaan jugak. :)


InsyaAllah, Shaz harap dengan penerangan di atas, semua boleh faham hukum menyimpan kuku panjang di sisi syarak. Kuku pendek lagi jimat, tak perlu buat rawatan mencantikkan kuku dan sebagainya.

Kat bawah ni Shaz sertakan cara untuk meotong kuku mengikut sunnah Rasulullah s.a.w untuk diamalkan ok? :)



okayy , sekian dari Shaz (: semoga faham apa yg ingin di sampaikan . kbaii ! 

No comments: