Saturday, 27 July 2013

Berbuka Puasa Di KFC

Assalamualaikum !

hoho, kemarin shaz and kawan-kawan pergi KFC untuk berbuka sama-sama. weheee! best betul dapat berbuka sama-sama lagi dgn dorang. memang happening lah KFC tu kemarin xD HAHA! tapi shaz masih x puas hati sebab c zaidy x mau kasih beli shaz burger. zaidy! kalau aku kempunan burger lepasni aku cari kau :p hehehe. ngeee, ignored jak muka-muka sakai kami tuh k? ;) 


Kami semua BESTFRIENDS so jangan salah faham k? ;) comel kan kami? hehe. pict yg malas untuk d edit. so, kamu tgk jak la. mau judge kami? judge jak laa. terpulangg :* kbaii 

Wednesday, 17 July 2013

Birthday yang ke-16 tahun

Assalamualaikum !

oh sedapnya cupcakes itu ;( hmmmp! HAHAHA
Hey kamuuu! eh, harini 18 july ek? weeee, itu bermakna shaz sudah genap 16 tahun. thanks kpda mreka-mreka yg wish shaz kat Fb, Twitter, Sch sana. especially my PARENTS. thanks a lot mama baba sebab lahirkan adik dgn baik and cantik *okayy, perasan xD* hehehe. HAPPY BIRTHDAY TO ME :D

Wednesday, 10 July 2013

Cara Hilangkan Rasa Lapar Dan Dahaga

Assalamualaikum !



sumber gambar diatas: MR. GOOGLE

hye! harini shaz mau kongsi sesuatu yg berfaedah sikit kat kamu semua. hehe :3 harap dapat membantu lah. sebelum tuh, selamat menyambut hari puasa! :* okay, sekadar iklan jom scroll ke bawah untuk mengetahui cara-cara nya ;) 

  • Minum Air Pada Kuantiti Yang Mencukupi Sebelum Tidur dan Semasa Bersahur
Pada waktu malam, dan pada waktu bersahur, pastikan anda mengambil bilangan air yang mencukup. Jangan pula menunggu waktu bersahur untuk minum, pastikan minum sejumlah air yang cukup sebelum tidur, diikuti semasa waktu bersahur. Dengan ini, jumlah air di dalam badan dapat dikekalkan pada kadar yang seimbang.

  •  Berada di tempat yang sejuk/kurang panas/teduh
Sepanjang bulan puasa, elakkan diri daripada berada di tempat yang panas. Suhu yang panas boleh menyebabkan kandungan air di dalam badan mengewap. Carilah tempat-tempat yang sejuk seperti di pasar raya atau hyper market. Banyakkan aktiviti membaca buku yang ringan dan menenangkan.

  • Kuatkan Kesedaran dan Niat Ikhlas Berpuasa Sebagai Satu Perjuangan
Sentiasa berfikiran rasional atau positif, bersangka baik dengan aktiviti puasa yang anda lakukan. Elakkan berfikir perkara-perkara yang negatif. Ceriakan perasaan anda dengan rasa berpuas hati dan gembira. Pada masa yang sama wujudkan kesedaran dan rasa insaf dan simpati terhadap mereka yang bernasib malang. Katakan kepada diri anda sendiri:

"Hari ini aku berpuasa, dan dengan ini aku dapat menghayati sebahagian kecil kesusahan dan kelaparan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa peperangan, anak-anak daripada keluarga yang miskin, dan orang-orang tua yang tidak berdaya yang tinggal keseorangan tanpa mampu mencari makanan sendiri. Juga bagaimana rasanya haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini seperti kucing, anjing dan lain-lain binatang yang sentiasa kelaparan tanpa perhatian. Mereka merasainya setiap hari, dan hari ini aku berpuasa dan merasainya juga."

  •  Hilangkan Rasa Lapar dan Dahaga Menerusi Aktiviti Yang Dapat Mencuri Masa Lapang

 Isilah masa lapang anda dengan hobi yang berfaedah dan dapat membuatkan anda lupa terhadap tempoh masa kelaparan dan kehausan sepanjang hari anda berpuasa. Bagi orang-orang Islam pula, mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadat-ibadat seperti berzikir yang dapat menenangkan fikiran dan menginsafi diri sebagai seorang manusia yang dicipta oleh Tuhan mereka.
NOTA KAKI :  Semoga panduan permulaan bagi mereka yang mahu belajar berpuasa ini dapat dipelajari dan diikuti oleh para pembaca yang bukan beragama Islam yang berminat untuk belajar berpuasa. Semoga dengan aktiviti puasa ini, dapatlah anda yang bukan beragama Islam untuk sama-sama merasai pengalaman berpuasa, dan merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat Islam.

Salam perpaduan daripada saya, Nur Shazryena Sakil. Selamat belajar berpuasa!