Tuesday, 10 September 2013

TEKNIK ATASI TEKANAN PERASAAN / STRESS

Assalamualaikum !

Hello! Maaf sebab Shaz jarang on :) okay, sekarang Shaz mahu kongsi something important kat korang semua btw Shaz mahu buang habuk, sarang labah-labah, kuda, singa, harimau, ular and etc yg sudah bertakhta di belog Shaz dulu xD lol. *Apa aku merepek no -,-* so now lets begin! Shaz tahu ramai yg diluar sana STRESS. ya laa, stress sbb homework yg cikgu bagi banyak sbb nda dibuat tapi bagi pelajar sekolah menengah mmg nota lah jawab nya. berbulan-bulan nda dibuat sekali cikgu kata esok hantar mmg benda tuh menghantui semua pelajar. kan kan kan? ;p tapi yg nda boleh blah tuh kalau stress sbb bf/gf dia merajuk. Allah! boleh naik gila si kawangg. jgn bohong lah! Shaz tauu. hehehe. so, kalau mahu tau cara untuk mengatasi penyakit stress ni, meh usha belog Shaz lama-lama sikit. scroll bawah ya sayang-sayang ku sekalian ;)  Shaz pun stress juga ni. Shaz stress knpa line wifi ni lembik -_-

Teknik Melegakan Stress 

Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.

  •  Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.
  •  Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.
  • Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.
  • Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.
  • Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.
  • Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.
  • Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.
  • Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.
  • Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.
  • Tenung lama-lama sikit gambar-gambar orang yg kita minat. Contohnya, mcm Shaz, Shaz tengok gambar EXO, BAP, BANGTAN BOYS, SHINee. hehehe. terip-terip lah juga sikit.
  • Dengar lagu. Haaa! Ini perkara yang paling mudah dalam hidup. Suka lagu apa? kpop? lollipop? apa-apa pop sekali lah yang penting lagu ;) simple isn't it?
Attention: itu saja dari Shaz. Sumber shaz dapat di sini. selebihnya Shaz tokok tambah sendiri :) hehehe. Harap-harap dapat membantu anda-anda diluar sana yg tengah ada penyakit STRESS ni haa ;) to all UPSR candidates! do your best. 

No comments: